Tuesday, March 30, 2010

Perubahan Waktu Perniagaan

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Alhamdullillah sepanjang tempoh 2 bulan Pizza Bite di pasaran nampaknya sambutan dari pelanggan amat menggalakkan. Namun begitu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan kami dengan ini mengumumkan bahawa mulai 1 April 2010 waktu perniagaan kami akan di ubah seperti yang tertera di bawah:-

Pesanan & Penghantaran : Dibuka dari 5ptg hingga 10mlm setiap hari kecuali hari Isnin.
Waktu rehat  : 7mlm - 8mlm (Solat Maghrib) - Pesanan diterima.


Kami memohon maaf atas perubahan ini. InsyaAllah sekiranya segalanya berjalan lancar kami akan melanjutkan waktu perniagaan seperti dahulu.
Kami juga amat mengalu-alukan tempahan awal bagi mengelakkan kesesakan dan kelewatan penghantaran.
Terima kasih atas sokongan anda.
Salam tulus ikhlas dari kami di Pizza Bite.

Monday, March 1, 2010

Hidangan Istimewa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Pastinya anda di luar sana tertanya-tanya apakah kelainan Pizza Bite berbanding pizza-pizza lain dipasaran. Oleh itu saya ingin menerangkan sedikit sebanyak tentang produk kami.
Pizza Bite merupakan 100% HomeMade pizza yang dibuat 100% tanpa menggunakan sebarang mesin. Adunan rotinya diuli segar setiap hari menggunakan tangan (bukan ready made pizza base).
Bagi menjamin kesegaran, setiap pizza hanya akan disediakan apabila kami menerima tempahan.
Oleh itu masa yang diperuntukan untuk menyedia, membakar dan menghantar adalah antara 45min - 60min. Bergantung kepada situasi & lokasi.


Proses-proses yang terlibat adalah seperti di dalam gambar di bawah
Pizza yang telah siap ditambah dengan topping "Chicken Lover".

         
Pizza yang telah siap dibakar.

  
                                     Pizza dimuatkan ke  dalam kotak & sedia  untuk penghantaran.