Tuesday, March 30, 2010

Perubahan Waktu Perniagaan

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Alhamdullillah sepanjang tempoh 2 bulan Pizza Bite di pasaran nampaknya sambutan dari pelanggan amat menggalakkan. Namun begitu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan kami dengan ini mengumumkan bahawa mulai 1 April 2010 waktu perniagaan kami akan di ubah seperti yang tertera di bawah:-

Pesanan & Penghantaran : Dibuka dari 5ptg hingga 10mlm setiap hari kecuali hari Isnin.
Waktu rehat  : 7mlm - 8mlm (Solat Maghrib) - Pesanan diterima.


Kami memohon maaf atas perubahan ini. InsyaAllah sekiranya segalanya berjalan lancar kami akan melanjutkan waktu perniagaan seperti dahulu.
Kami juga amat mengalu-alukan tempahan awal bagi mengelakkan kesesakan dan kelewatan penghantaran.
Terima kasih atas sokongan anda.
Salam tulus ikhlas dari kami di Pizza Bite.

Monday, March 1, 2010

Hidangan Istimewa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Pastinya anda di luar sana tertanya-tanya apakah kelainan Pizza Bite berbanding pizza-pizza lain dipasaran. Oleh itu saya ingin menerangkan sedikit sebanyak tentang produk kami.
Pizza Bite merupakan 100% HomeMade pizza yang dibuat 100% tanpa menggunakan sebarang mesin. Adunan rotinya diuli segar setiap hari menggunakan tangan (bukan ready made pizza base).
Bagi menjamin kesegaran, setiap pizza hanya akan disediakan apabila kami menerima tempahan.
Oleh itu masa yang diperuntukan untuk menyedia, membakar dan menghantar adalah antara 45min - 60min. Bergantung kepada situasi & lokasi.


Proses-proses yang terlibat adalah seperti di dalam gambar di bawah
Pizza yang telah siap ditambah dengan topping "Chicken Lover".

         
Pizza yang telah siap dibakar.

  
                                     Pizza dimuatkan ke  dalam kotak & sedia  untuk penghantaran.

Friday, February 26, 2010

Brave Beef Yang Berani


Rasai keenakan Brave Beef yang istimewa..
Dengan cebisan daging lembu cincang,sosej daging lembu, kepingan cendawan butang, cebisan bawang, dihiasi cili cameron pelbagai warna (hijau, kuning & merah). Dihidangkan bersama sos istimewa dan limpahan keju kuning keemasan..

Jangan berlengah lagi. Nikmatinya hari ini...

Sunday, February 21, 2010

Menu Pizza Bite

Baru-baru ini Pizza Bite telah mengedarkan flyer menu Pizza Bite untuk penduduk di sekitar bandar Seri Putra. Kami mengharapkan agar tuan-tuan dan puan-puan akan segera memesan pizza untuk mendapatkan diskaun 10% dengan setiap pembelian berakhir pada 28 Feb 2010. Kepada mereka-mereka yang masih belum mendapat flyer Pizza Bite jangan bersedih hati kerana kami akan mengedarkannya dalam masa terdekat. Dan berita gembira.. Diskaun tersebut akan dilanjutkan sehingga 31 Mac 2010.

Terbaru Di Pasaran


Assalamualaikum  & Salam sejahtera..

Salam perkenalan dari Pizza Bite untuk semua warga Bandar Seri Putra, Bangi.

Kami merupakan pelopor baru dalam perniagaan makanan di sini. Produk utama kami adalah PiZZa.. Ya, piZZa kami 100% homemade. Segala adunan dan ramuan di dalam pizza kami adalah halal. Keistimewaan produk kami ialah ianya segar tanpa bahan pengawet dan roti piZZanya pula diadun oleh pemilik perusahaan ini sendiri Pn.Suzie. Nikmatilah keunikan rasa Pizza Bite yang di datangkan dalam 6 perisa kesemuanya.
Kami juga menyediakan penghantaran piZZa terus ke rumah anda. Hubungi / sms 0132381516 untuk pesanan piZZa.